Isnin, 9 Ogos 2010

Masalah Berjudi


Kebelakangan ini, masalah berjudi menjadi semakin serius. Hal ini telah membimbangkan pihak berkuasa dan orang ramai. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Misalnya, bola sepak dunia yang baru tamat  telah menyebabkan  orang ramai terpengaruh dan terlibat dalam kes kejudian.
Apakah punca-punca yang menyebabkan kes berjudi ini berlaku? Yang pertama, perasaan yang ingin cepat kaya telah mendorong orang ramai terlibat dalam kes berjudi. Bagi golongan bekerja yang bergaji rendah atau golongan yang malas untuk bekerja, kedua-dua golongan inilah yang paling mudah terlibat dalam kes berjudi. Ini disebabkan mereka ingin menjadi kaya tanpa melalui usaha sendiri untuk memenuhkan kehendak mereka yang tidak terhad. Kehendak-kehendak mereka ini merangkumi keinginan untuk mendapatkan gadjet yang terkini atau alat teknologi yang canggih. Selain itu, perasaaan yang ingin berbanding dengan orang lain juga memainkan peranan penting dalam kes berjudi ini.
Bagi golongan yang berada, punca yang penting sekali menyebabkan mereka terdorong dalam kes berjudi ialah perasaan ingin cuba. Biasanya, mereka hendak merangsang atau menguja malah menganggap berjudi merupakan satu hiburan dan aktiviti rekreasi. Keiniginan bercuba ini telah menyebabkan mereka menjadi miskin dan terpaksa meminjam wang daripada pemiutang yang haram. Apabila mereka tidak mampu membayar, masalah sosial seperti merompak, meragut, menculik dan sebagainya akan berlaku.
Tidak dapat dinafikan bahawa kes berjudi ini telah membawa kesan sampingan kepada masyarakat dan kehidupan harian kita. Terdapat banyak orang yang berpendapat bahawa berjudi tidak akan menimbulkan masalah serius memandangkan orang ramai hanya menganggap berjudi sebagai satu hiburan. Namun, pada pendapat saya, anggapan ini memang salah kerana hal ini akan melengahkan perkembangan ekonomi negara dan boleh menjadi isu-isu politik yang membimbangkan orang ramai serta menyebabkan ketidaktenteraman negara atau ketidakstabilan politik dan ekonomi. Hal ini disebabkan masyarakat tidak dapat memenuhi syarat-syarat guna tenaga penuh dan mengakibatkan ramai orang yang dibuang kerja atau tidak sanggup bekerja. Atas alasan ini, negara tidak dapat mencapai guna tenaga penuh dan seterusnya menjejaskan kestabilan ekonomi. Masalah ini boleh menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak sanggup melabur di negara Malaysia kerana mereka risau dengan pembayaran balik modal akan kurang daripada pembayaran faedah memandangkan mereka ini biasanya melabur dengan meminjam modal daripada bank. Ketidakstabilan politik akan menyebabkan ketidakstabilan harga umum dan secara langsung tiada satu tingkat harga yang tetap dan menyeluruh akan berlaku di negara kita.  Hal ini juga menyebabkan ekonomi merosot dan bertambah buruk malahan wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai.
Seterusnya, masalah berjudi ini akan menjejaskan kesihatan dan fikiran individu. Atas tanggapan yang salah yang berpendapat bahawa mereka boleh menang, pejudi-pejudi akan berjudi tanpa berehat. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini telah memburukkan kesihatan seseorang dan pelbagai penyakit akan berlaku. Sebagai contohnya, terdapat satu kes yang mengatakan satu pemuda yang mati akibat sakit jantung apabila sedang berjudi.
  Selain itu, kes judi ini juga akan menyebabkan seseorang menjadi tamak dan melupakan kasih sayang.Mereka ingin mendapatkan wang yang banyak dengan cepat dan mudah. Masalah berjudi ini akan manjadikan seseorang melupakan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa seperti kacang lupakan kulit. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan berlakunya pertelingkihan dan pergaduhan apabila mereka tidak mendapat wang daripada ibu bapa untuk berjudi dan menbayar hutang judi mereka.Hubungan ibu bapa dengan anak mereka akan bertambah buruk malahan ada sesetengah yang memutuskan hubungan dengan anak mereka.
Tambahan pula, kes berjudi ini juga akan menyebabkan masalah-masalah sosial seperti masalah rasuah, penipuan, rompakan dan lain-lain. Justeru, kes berjudi ini perlu diatasi dengan cara yang berkesan. Kerajaaan memainkan peranaan penting dalam membanteras masalah tersebut. Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang seperti hukuman denda atau sebat dan cara ini akan mengurangkan masalah berjudi yang kian meningkat.
Selain itu, kempen-kempen atau ceramah kesedaran perlu diadakan supaya orang ramai akan mengetahui kesan-kesan buruk yang akan berlaku bukan sahaja pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Bagi pejudi pula, dia perlu meninggalkan rakan-rakan yang terlibat dalam kes berjudi dan perlu menjauhi situasi yang berkaitan dengan berjudi. Di samping itu,pejudi itu boleh mempuk tabiat yang baik misalnya membaca, menonton wayang dan lain-lain.
Kesimpulanya, kes berjudi yang semakin serius ini telah menimbulkan banyak masalah dan gejala sosial. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil supaya negara kita akan kian memaju dan mencapai wawasan 2020. 
Disediakan oleh 
Lee Herng Guang (206045) 

1 ulasan:

  1. http://qqmerah168.blogspot.com/2017/05/nicky-hayden-si-anak-kecil-dari.html
    http://room168ct.blogspot.com/2017/05/agung-minta-novanto-pimpin-langsung.html
    http://fireflieszs.blogspot.com/2017/05/ada-14645-pelanggaran-lalin-di-jaktim.html
    http://coolairr.blogspot.com/2017/05/ical-golkar-sahabat-sejati-presiden.html

    Masih Bingung Mencari Situs Poker Online Yang Bisa Di Percaya ?
    Perkenalkan Kami Adalah Agen Poker Terpercaya .
    Menang Berapa Pun Akan Kami Bayar !!
    Nikmati Fasilitas Exclusive Dari Kami :
    Proses Transaksi Yang Cepat Dan Super Mudah .
    Minimal Depo & WD Terjangkau , Cuma 25Rb .
    Kartu Di Meja Juga Lebih Ringan !!
    Dapat Kan Tips & Trick Yang Super Jitu Dari CS Kami ..
    Mudah Di Akses Dari Berbagai Gadget .
    Layanan CS Yang Ramah Dan Online 24 Jam Setiap Hari Nya .
    Jangan Pusing Lagi Boss .
    Bermain lah Dengan Santai Dan Tenang Bersama Kami .
    Kembang Kan Hobi Anda Dan Warnai Hidup Anda Bersama Kami .
    ( PELANGIQQ.NET )

    BalasPadam