Pada masa kini, masalah keluarga merupakan satu masalah yang sentiasa dibicara oleh orang ramai. Oleh kerana keunikan ini, maka tidak mudah merangkum penyebab-penyebab dari masalah keluarga dalam beberapa kalimat sahaja. Namun bagi kebanyakkan keluarga, beberapa faktor merupakan faktor yang menyebabkan masalah keluarga yang sering kali timbul.
Faktor yang menyebabkan masalah keluarga ialah kurangnya kemampuan berinteraksi antara peribadi dalam mengulangi masalah. Kebanyakkan keluarga mengalami kesulitan dalam menangani masalah keluarga kerana kurangnya pengetahuan, kemampuan dan fleksibilitas untuk berubah. Mereka mengalami halangan-halangan iaitu sikap dan tingkah laku yang menghambat fleksibilitas dan menghalangi penyesuaian kembali dengan situasi yang baru. Ini menyebabkan ibu bapa dan anak-anak tidak boleh membicarakan topik-topik yang lebih luas. Mereka juga tidak boleh mengenali lebih banyak antara anggota keluarga.
Kekurangan komitmen terhadap keluarga juga merupakan salah satu faktor masalah keluarga. Ibu bapa yang jarang berbual-bual dengan anak-anak menyebabkan ibu bapa tidak mengetahui apa yang telah berlaku daripada anak-anak mereka pada setiap hari. Sering anggota keluarga yang sibuk tersebut dapat dibujuk untuk datang paling tidak untuk satu pertemuan dan waktu-waktu tersebut merupakan sarana untuk membujuknya memberikan komitmen lebih besar terhadap isu-isu dalam keluarga.
Faktor seterusnya ialah peran yang kurang jelas dari anggota keluarga. Setiap keluarga menetapkan peran masing-masing anggotanya. Akan tetapi keluarga memang sedang mengalami perubahan. Model keluarga lama dimana perempuan menikah sekali untuk selamanya kepada seorang pria, kemudian bekerjasama dengan pasangannya membesarkan dua atau tiga anak-anaknya, merupakan gambaran keluarga yang semakin jarang dilihat dalam kebudayaan kita sekarang ini. Lebih sering kita melihat keluarga dengan orang tua tunggal, ketidakstabilan perkawinan yang menjurus pada penceraian dan sebagainya. Ini menyebabkan sesebuah keluarga tidak mempunyai sebarang nilai kasih sayang dalam keluarga tersebut. Jadi bukanlah hal yang mengherankan bila ada beberapa anggota keluarga, termasuk anak-anak yang merasa bingung dengan peran yang harus dijalankannya dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika krisis menciptakan apa. Anggota keluarga akan melakukan sesuatu yang mereka suka dan tidak mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Faktor yang lain ialah kurangnya kestabilan lingkungan. Masalah-masalah yang terjadi dalam keluarga kerap kali berasal dari luar rumah. Kita telah membahas tentang pelbagai krisis, perubahan pandangan sosial tentang keluarga dan tekanan pekerjaan yang membuat kekacauan di beberapa keluarga. Televisi telah merubah pola komunikasi dalam rumah tangga, kerana menggantikan rasa kebersamaan dan menyajikan banyak program yang memberikan gambaran negatif tentang keluarga. Jika anggota keluarga menonton movie yang tidak sihat akan mengubah permikiran mereka. Ini akan menyebabkan kes kecurian, bergaduh dan menghisap dadah berlaku pada masa kini. Selain itu, ditambah dengan maraknya gerakan-gerakan, penggabungan perusahaan, kehilangan pekerjaan yang tidak diharapkan atau trend ekonomi yang membuat beberapa anggota keluarga terpaksa berada jauh dan keluarga mereka untuk bekerja. Ini menyebabkan hubungan keluarga tersebut akan menjadi tidak erat jika lama tidak bertemu.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah keluarga, kita perlu memikir cara-cara untuk mengatasinya. Caranya ialah pendekatan psikodinamik iaitu pendekatan yang berusaha memahami apa yang terjadi dan mengapa sampai timbul atau terjadi keadaan seperti itu. Memahami latar belakang terjadinya sesuatu permasalahan dapat dipergunakan untuk menentukan langkah-langkah untuk memperbaiki, membina dan mengarahkan, agar terjadi perubahan sesuai dengan yang diharapkan. Contohnya, jika sesebuah keluarga tidak baik disebabkan oleh ibu bapa kurang memberi perasaan kasih sayang terhadap anak-anak, kita perlu membantu ibu bapa seperti mengajar ibu bapa menjaga anak-anak dengan baik supaya anak-anak tidak mengulangi kesalahan.
Cara seterusnya ialah pendekatan behavioristik. Pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang menitik beratkan pada usaha mengatasi gejala yang ada. Sebagai contoh, jika seorang ayah suka menghisap dadah, anaknya mungkin akan membuat demikian. Ini kerana ibu bapa merupakan imej kepada anak-anak, anak-anak akan ikut apa yang ada daripada ibu bapa. Dalam hal ini perlu dikaitkan dengan prinsip-prinsip dalam dunia pendidikan atau proses belajar dan perubahan-perubahannya yang diharapkan terjadi. Kita boleh mengadakan ceramah tentang cara-cara mengajar anak-anak menjadi lebih baik kepada ibu bapa. Selain itu, guru-guru juga perlu mengajar pelajar tentang pendidikan moral supaya pelajar tidak akan membuat kesalahan dan mempunyai tingkah laku yang baik.
Cara yang lain ialah pendekatan konseling. Melalui hubungan atau percakapan yang terus menerus, seseorang biasa diarahkan untuk berfikir bertingkahlaku sesuai dengan yang diharapkan. Ibu bapa harus sentiasa berbual-bual dengan anak-anak supaya ibu bapa boleh mengetahui apa yang telah jadi bagi anak-anak pada setiap hari. Cara ini juga boleh merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Di samping itu, pendekatan melalui agama juga merupakan cara yang amat penting untuk mengatasi masalah keluarga. Jika anggota keluarga beragama, mereka akan mengenali lebih banyak masa untuk teman anak-anak dan mengambil berat terhadap anak-anak. Ini boleh memupuk anak-anak menghormati ibu bapa dan tidak membuat kesalahan. Jika ibu bapa dan anak-anak beragama akan lebih memahami tentang kepentingan anggota keluarga terhadap mereka. Mereka akan menyayangi anggota keluarga tanpa melakukan sesuatu yang jahat terhadap keluarga.
Oleh itu, setiap keluarga perlu mempunyai kemampuannya sendiri-sendiri dalam mempelajari ketrampilan baru untuk mengatasinya kerana masing-masing anggota keluarga mempunyai tingkat kematangan spiritual dan emosi yang berbeda. Kita perlu bertanggungjawab dan bersama-sama mengatasi masalah keluarga supaya semua keluarga boleh hidup secara harmoni.
Disediakan Oleh
Choy Siew Fen (205905)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan