Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta dan menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan. Gejala ini akan membawa impak-impak negatif kepada negara terutamanya maruah negara akan terjejas.
Gejala masalah rasuah ini berlaku disebabkan oleh punca-punca tertentu. Antara punca terutamanya ialah kekurangan iman dan takwa. Perkara ini akan terjadi apabila seseorang itu kurang menyertai kelas agama atau tidak memahami ajaran agamanya dengan cara yang betul. Selain itu, keinginan kehidupan mewah juga akan mempengaruhi iman seseorang itu untuk menerima rasuah. Ini disebabkan gejala rasuah merupakan kerja yang paling senang untuk mendapatkan wang. Sikap yang tamak dan ingin cepat kaya ini telah membangkitkan ‘semangat’ mereka untuk merasuah atau menerima rasuah. Semua gejala rasuah yang tidak bermoral ini akan terus berlaku jika seseorang itu masih tidak menerima atau memahami ajaran agama atau moral dengan secukupnya.
Di samping itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi yang tidak sistematik juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah. Kekurangannya penyeliaan yang berdisiplin adalah salah satu punca kelemahan kepimpinan. Tiada pemantauan antara semasa ke semasa apabila operasi sedang berjalan akan menyebabkan pekerja di syarikat lembap semasa menjalankan tugas dan juga akan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Oleh itu, kegiatan rasuah di negara kita semakin berleluasa. Tambahan pula, sosial dan budaya di sesebuah negara juga akan menyebabkan gejala rasuah berlaku. Sebagai contoh, Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk, penduduk di Negara ini telah mengamalkan tradisi memberi hadiah seperti wang ataupun benda-benda yang berharga khususnya pada hari kebesaran seperti hari perayaan, majlis hari jadi dan hari perkahwinan. Sosial dan budaya ini akan menyebabkan orang lain salah faham tentang tradisi tersebut dan menggunakannya sebagai satu masa yang sangat sesuai untuk merasuah.
Punca ketiga yang paling ketara tentang gejala rasuah sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masalah rasuah ini akan terus bermaharajalela jika kerajaan kita masih tidak mengambil berat tentang perkara ini. Kerajaan yang tidak memiliki satu sistem yang telus khususnya perlumbaan untuk mendapatkan tender akan menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan untuk menawar rasuah. Perbuatan ini tidak adil dan akan menyebabkan pertengkaran antara satu sama lain. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian juga akan menyebabkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh akan mengakibatkan pengaliran wang meningkat. Oleh itu, terdapat semakin banyak pihak yang terlibat dalam gejala sosial ini kerana cara ini merupakan cara yang paling mudah dan senang untuk mendapat wang.
Jelaslah fenomena sosial ini semakin berleluasan dan juga membawa pelbagai implikasi kepada masyarakat. Maka, langkah yang efektif harus dijalankan dengan secepat mungkin supaya implikasi yang terjadi tidak akan membawa kesan negatif yang lebih besar kepada masyarakat. Antara langkahnya ialah kerajaan haruslah menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar. Isu-isu semasa terutamanya kes rasuah haruslah sentiasa dipeka oleh pelajar dan memahami akan keburukannya supaya tidak akan mengulangi masalah sosial ini. Cikgu-cikgu di sekolah juga bertanggungjawab untuk mengajar dan membantu pelajar untuk memahami masalah rasuah dengan lebih jelas. Kelas agama atau kelas moral haruslah sentiasa mengadakan kempen kesedaran tentang keburukan rasuah dari semasa ke semasa supaya usaha membanteras gejala sosial ini tidak akan terhenti. Selain itu, semua pihak termasuk ibu bapa mahupun saudara mara haruslah menjadi teladan yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti amanah dan tidak mudah dipengaruhi oleh sikap materialisme yang sering dapat dilihat pada remaja terkini.
Langkah yang kedua pula ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke atas pekerja awam terutamanya pegawai-pegawai kerajaan. Kursus dan latihan yang berdisiplin haruslah sering dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta serta mengwajibkan semua pekerja mengambil bahagian. Hukuman akibat rasuah juga harus didedahkan kepada semua orang dengan jelas. Langkah ini boleh menjelaskan kesan-kesan rasuah kepada masyarakat dan pihak-pihak yang berkaitan akan menyedari akan keburukannya. Selain itu, kursus dan latihan juga dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka. Kerajaan atau pihak swasta juga boleh menggalakkan pegawai mereka supaya berpegang teguh kepada agama masing-masing semasa bekerja. Tindakan ini akan memperingatkan pegawai supaya tidak terlibat dalam gejala rasuah walaupun sesekali sahaja.
Langkah efektif yang ketiga pula ialah menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan haruslah lebih tegas dalam menangani masalah rasuah ini terutamanya mengenakan hukuman yang setimpalnya tanpa mengira ketinggian jawatan pegawai tersebut. Badan Pencegah Rasuah Malaysia haruslah membuat pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat atau badan kerajaan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan kerja dan masalah rasuah. Semua perkara dan proses haruslah dijalani dengan adil supaya tidak ada perselisihan faham akan berlaku. Hukuman harus diukur berdasarkan keberatan jenayah tersebut. Selain itu, hukuman berat seperti penjara atau denda kompaun harus dipertikaikan lagi. Kerajaan harus memberatkan hukuman lagi supaya pegawai-pegawai akan berfikir dulu sebelum melakukan kesalahan rasuah. Langkah ini juga boleh mengingatkan pegawai lain daripada melakukan kesalahan ini lagi.
Kesimpulannya, gejala sosial seperti rasuah yang semakin bermaharajalele di negara kita dan juga telah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat seperti penindasan golongan miskin dan ketidakadilan. Ini akan menjatuhkan maruah negara dan kepercayaan antara negara dengan negara lain juga akan terjejas. Di samping itu, bilangan kes jenayah juga akan meningkat secara mendadak. Semua pihak berkenaan seperti kerajaan dan pihak swasta harus mempertimbangkan masalah ini dan melaksanakan langkah yang efektif untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya gejala ini dapat dikurangkan kepada tahap yang paling minimum.
Disediakan oleh
Lee Boon Tiong (206003)
http://akusukabacaberita.blogspot.com/2017/05/apa-alasan-keluarga-ahok-cabut-banding.html
BalasPadamhttp://beritawajibbaca.blogspot.com/2017/05/tim-kuasa-hukum-periksa-berkas-memori.html
http://beritapastitop.blogspot.com/2017/05/ini-dia-meski-nggak-punya-rambut-para.html
http://pelangimemanghoki.blogspot.com/2017/05/mendagri-ada-mantan-menteri-ingin.html
http://pelangiwd200jt.blogspot.com/2017/05/kacau-atlantis-gym-dan-sauna-tempat.html
Kartu Terbaik Hanya di Pelangi QQ
Join sekarang juga ^^